Monday, April 9, 2012

surat untuk mu


Buat kamuu jauh disana. Mohon maaf andai entry ini ini mengganggu masa kamu. Buat kali terakhir, izinkan saya mencoret kata hati untuk kamu fahami. Alhamdulillah saat entry ini kamu baca semua sudah selesai dan kembali seperti sediakala. Akhirnya kamu dapat kembali bersama dengan orang yang kamu cintai selama ini. Mungkin inilah yang dinamakan cinta sejati. Semoga kasih sayang antara kamu berdua terus kekal selama-lamnya.

Kamu..
Saya tidak menaip entrry ini untuk mengungkit semua yang telah berlaku. Apatah lagi membuat kamu kembali kepada saya kerana sememangnya saya tahu, saya tidak pernah kamu perlukan. Saya menaip hanya ingin menyatakan sesuatu yang mungkin tidak dapat saya luahkan dengan kata-kata. Hari ini 9 April 2012, saya akan prgi jauh dari hidup kamu. Pergi buat selama-lamanya, sama seperti yang kamu harapkan. Rasanya sudah terlalu lama saya terperangkap dengan masa silam. Sudah tiba masanya untuk saya berjalan terus meninggalkan semua kenangan kita. Terima kasih kerana mengizinkan saya pergi.

Mungkin kamu tidak sedar yang sebenarnya kita sudah lama terpisah, bukan 6 months ago but from youu and her back together. Jujurnya saya sudah terlalu penat untuk teruskan rasa bersalah ini. Saya jugak memohon sejjuta kemaafan atas kegagalan saya menjadi teman kamuu selama kita bersama. Saya tidakk mampu lakukan kerana saya bukanlah Hana yang dapat memberi kebahagiaan pada kamu. Sejak muncul saya kembali dalam hidup kamu, saya tahu dah terlaluu banyak kesusahan yang saya bawa. Kehadiran saya bukan sahaja membebankan bahkan membuat kamuu rasa SEMAK dan tidakk mampu bergerak bebas untuk mendapatkan mahligai indah Hana kembali. 

Jagalah Hana sebaik-baiknya kerana sesungguhnya dyelah satu-satunya kebahagiaan kamu. Jangan lagi melepaskan dye pergi sebab kamu tidak mampu untuk hidup berjauhan dengan Hana walau untuk jarak yang sekangkang kera tue dan jangan lupa kamu takkan mampu tersenyum tanpa dye disisi. Sudah lama saya sedari semuaa tue, bukan pada saat kite putus tapi lamaa sudahh. Maafkan saya jugakk kerana lambat memulangkan kebahagiaan kamu kembali waktu dahulu. Betul kata kamuu, bukan salah kamu kalau kamu membenci saya satu hari nanti. Siilap saya jugak, kamu pernah memberi warning pada saya yang kamu sudah berpunya tapi saya yang berdegil dan terlupa nak cerminkan diri saya sendiri! Semua itu takkan berulang lagi pasni. Itu janji saya.

Kamu..
Sekali lagi saya nak minta maaf kerana saya ada membaca text awak untuk Hana semasa kita keluar makan awal tahun lepas dahulu tanpa pengetahuan kamu. Text membuatkan saya sedar siapa saya yang sebenarnya di hati awak Azrul. Memang saya rasa sangat sedih, namun siket pun tidak ada rasa dendam pada kamu. Cuma satu pinta saya pada awak. Andai suatu hari nanti kenangan membawa saya singgah di fikiran kamu, masa tue janganlah mengenang saya sebagai seorangg yang kamu benci kerana saya hadir dalam hidup kamu bukan untuk menjadi orang yang kamu benci.

Ada lagi perkara yang kamu tidak tahu, sejak saya mencintai kamu saya tak pernah mampu menganggap kamu hanya sekadar kawan seperti yang selalu saya cakap pada kamu mahupun sahabat saya sendiri. Maafkan saya. Perasaan ini telah menghantui saya persaan sebesalah saya terhapad Hana. Tapi hari nie saya berjanji saya akan buang semuaa rasa tue.Andai takdir menemukan kita kembali saya akan beranggapan itu adalah kali pertama kita bersua mukaa.

Buat kali terakhirnya jugak, saya ingin mengucapakan selamat hari lahir pada kamu. Harap kamu sudi halalkan makan minum topup saya selama nie. Maafkan segala salah dan silap saya pada awak kerna saya tahuu saya seorangg yang sangat degil bukan ? Selamat menjalani kehidupan yang baruuu.

p/s: sepatutnya ini adalah surat yang saya kirimkan kepada kamu pada ulang tahun kelahiran kamu tapi niat saya tidak kesampaian disebabkan masala tertentu. Saya minta maaf kerana terpaksa menukarkan kpd entry blog. bukan niat untuk menyakiti sesiapa. TQ.

Mekasih sudi baca entry LOVIN ^^

No comments: