Thursday, February 16, 2012

maafkan echa MAK


Sendu hati nie apabila ibu tersayang terasa hati dengan kitaa, ya mungkin depan adik beradik lain dye menyembunyikan tetapi tidak padaku kerana aku merasakannya. Sumpah mak Echa tade niat langsung berkasar bahasa pada mak, Echa terlalu sayangkan mak, kalau tade mak tiadalah Echa kt muka bumi Allah swt yang banyak liku-liku hidup nie. Adanya Mak, Echa tabah dengan berkat doa Mak, Echa kuat tempuhi segala dugaan yang mendatang. Echa tahu hanya Mak yang memahami dri Echa, meskipun pernah cakap "mak tak pahamlah ape yang kauu nak cu" tapi jauh disudut hati Mak tahu apa yang anak mak nie ingin kn bukan ?! Andailah echa boleh luahkan apa yang terpendam dijiwa, balek nie, echa ingin kucup dahi mak, kucup tangan mak, memohon sejuta keampunan keran terlalu banyak melukai hati mak, selama echa hidup hampir 20 tahun hidup echa hanya tahu menyusahkan mak, membebankan mak, menengking mak, memaksa mak, membuli mak, tidak pedulikan mak dan pernah ingin memukul mak. Echa bukanlah anak yang solehah mak, echa tahu echa tak sesempurna adik beradik yang lain tapi echa mencuba menjadi anak yang terbaikk sekarang. Echa sangat terasa hati kerana mak cakap "kenapa balek muar, balek jea lah cheras terus, setahun duk Kedah sana tak pernah nak balek Muar, buang tebiat ke? Dah tade orang baru nak ingat mak ayah kt kampung nie ke" ya Allah sungguh pedih kata-kata mak kpd aku. Sepatutnya echa tidak menengking mak echa paham tapi entah laa echa sendiri tataw kenapa echa bole mngeluarkan kata-kata tidak sepatutnya. 

Mak echa nak mak tahu echa terlalalalu sayangkan mak dan ayah, echa tak pernah lupakan mak setiap detik masa berlalu, sebab tue echa selalu kol mak dan hmpir setiap hari echa kol mak, tapi kali nie echa jarang kol sebab echa jimat n tak topup langsung, tapi hati nie terlalu rinduukan mak, dengar suara mak, echa nak peluk mak setibanyaa echa kt Muar nanti.

p/s: hargai ibu anda sebaikmungkin, kerana ibu adalah nadi utama kita di muka bumi Allah nie, jangan jadi seperti aku , yang sangat mementingkan diri sendiri, sekarang baru aku sedar betapa bernilainya kasih sayang seorang ibu, dpd kasih dpd seorang kekasih, IBU adalah nadi kitaa. Ibu hanya skali tiada ganti persis ibu kitaa. Tetapi kekasih boleh dicari ganti :) dan satu lagi, BUKAN kerana kekasih mahupun kawan-kawan kita masih berda di bumi ini, tapi kerana IBU kita yang tidak jemu mendoakan yang terbaik untuk anaknya :DD GOODNIGHT.

Mekasih sudi baca entry LOVIN ^^

No comments: