PERKATAAN "CINTA"
C ~ CERITERA dua hati bertemu tanpa dirancang
dan berkasih tanpa diduga
tibatiba dalam hati wujudnya perasaan sayang
satu perasaan yang terlalu sukar untuk digambarkan
serta dinyatakan
namun yang pasti itulah cinta
I ~ IMPIAN sebuah perhubungan
pastinya segala yang diimpikan adalah indah belaka
biarpun ada kalanya bukan mudah digapai
bukan digalas dan diredah
namun kuasa sebuah cinta mampu mengatasi segalanya
N ~ NUR yang menerangi cinta yang terjalin
wajah,hidup dan segalanya dirasakan terang
kerana kehadiran insan yang bernama KEKASIH
T ~ TELUS ikhlas dalam meluahkan rasa sayang
tiada rasa sangsi dan tiada rasa gusar
untuk menyatakan dialah satusatunya pilihan hati
A ~ AKU DAN DIA agar hubungan terus direstui
hingga berakhir dengan sebuah ikatan yang suci
No comments:
Post a Comment